DZ TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
PAKEJ JAKARTA/BANDUNG

4 HARI DAN 3 MALAM
HANYA RM 1250/= seorang
HARGA TERMASUK :-
Tiket kapalterbang kelas ekonomi KUL/Jakarta/KUL
Hotel penginapan bertaraf 3 * di Jakarta dan Bandung
Makan dan Minum (breakfast, lunch dan dinner)
Kos pengangkutan, lawatan dan Tour Guide
Yuran Masuk di lokasi lawatan

Harga tidak termasuk:
Cukai airport Jakarta
Caj lebihan bagasi

HARI 1 - KLIA/JAKARTA/
BANDUNG

Sesampai sahaja di airport Soekarno-Hatta Jakarta, tuan/puan akan disambut oleh Wakil DZ Travel dan terus dibawa menaiki bas menuju ke Bandung melalui Lebuhraya Jakarta/Bandung.

Singgah di Hentian Rehat dan Rawat SIMPANGRAYA untuk Solat dan Makan Malam.Sebaik sampai di Bandung, terus "check in" hotel. 

HARI 2 - BANDUNG

Selepas sarapan pagi di hotel, tuan/puan dibawa menaiki bas menuju ke kawasan popular lagenda Tangkupan Perahu sambil menikmati keindahan dan kesejukan panorama kawasan pergunungan.

Tangkupan Perahu bermaksud "perahu yang terlangkup". Kita boleh lihat bentuk mukabumi puncak gunung yang kelihatan seperti perahu yang terlangkup.

Sekiranya bimbang tidak tahan dengan suhu sejuk, tuan/puan dinasihatkan untuk membawa bersama baju sejuk kerana suhu di kawasan pergunungan ini sejuk dan berangin.




KAWAH GUNUNG BERAPI TANGKUPAN PERAHU

Kawah gunung berapi yang dikhabarkan masih aktif di Tangkupan Perahu.


Kita boleh terhidu asap belerang gunung berapi yang menyengatkan.

RESTORAN SAPU LIDI
Selepas lawatan ke Tangkupan Perahu, tuan/puan akan dibawa untuk Makan tengahari di Restoran Sapu Lidi.

Keistimewaan Restoran Sapu Lidi terletak di kawasan persawahan bukit yang begitu indah dan menyamankan.

Dibina pondok-pondok untuk pelanggan menikmati makan tengahari sambil menghirup udara segar kawasan pergunungan.

Semasa di Jakarta dan Bandung, tuan/puan akan dibawa makan ke Restoran Tempatan yang sudah ditempah awal.

Tuan/puan akan menikmati menu makanan MASAKAN SUNDA dan/atau MASAKAN MINANG.


Semasa di Bandung, tuan/puan akan dibawa melawat Kompleks membeli-belah yang popular seperti Pasar Baru (pakaian dan tekstil), Toko 3 (barangan pakaian jean), atau Cibaduyut (barangan kulit)
Tuan/puan harus menawar harga barangan lebih 50% dari harga yang ditawarkan, kerana kebiasaannya peniaga tempatan selalu mengambil kesempatan ke atas pelancung asing.

HARI 3 - BANDUNG/JAKARTA

Selepas sarapan pagi dan "check out" hotel, kembali semula ke Jakarta. Sampai di Jakarta tuan/puan dibawa ke Kompleks Membeli belah yang popular di Jakarta iaitu di MANGGA DUA.

Jika ada kesempatan waktu, tuan/puan juga akan dibawa ke TANAH ABANG iaitu kompleks membeli-belah popular di Jakarta
.

Selepas puas berbelanja, tuan/puan akan dibawa ke Monumen Nasional, Jakarta sebagai tanda kenang-kenangan semasa di Jakarta.

Restoran makan MAKANAN MINANG berhampiran dengan Airport Soekarno-Hatta, di Jakarta.

HARI 4 - JAKARTA/KUALA LUMPUR

Kembali ke tanah air. Ahli rombongan bergambar kenang-kenangan di airport Soekarno-Hatta dengan membawa bersama seribu kenangan manis dan ole-ole dari Bandung dan Jakarta

Sila hubungi  :

Hj Iqbal Safwan - 019 350 5395
Hjh Norhayati - 019 341 8822

DZ TRAVEL & tOURS (M) SDN BHD
No.20 Jalan Kuda 1/KU1
Off Jln Batu Tiga Lama
41300 Klang
Tel : 03 3341 3617
Fax : 03 3341 3621

Email : dztravel.tours@gmail.com
Email : hjiqbal.safwan@gmail.com
Email : yatieyusoff72@gmail.com

Atau jika inginkan anda dihubungi, sila hantar maklumat di bawah kepada kami:
 Your name:  (required)
 Your email:  (required)
 Message:  (required)